TENTANG SEKOLAH Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Setia Alam (dahulu dikenali sebagai Sekolah Rendah An-Najihin Setia Alam) berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor dengan nombor pendaftaran sekolah BJJ8096. Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi Setia Alam (dahulu dikenali sebagai Tadika Islam An-Najihin Setia Alam) berdaftar di bawah Akta Pelajaran 1961, oleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana dengan nombor pendaftaran B5A8609. KURIKULUM INTEGRASI Gabungan pembelajaran akademik dan diniyyah secara integrasi. Menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran nilai tambah yang mendidik iman, akhlak dan membentuk karakter unggul. SERBA LENGKAP Kemudahan yang selesa, lengkap dan berdaya saing dengan struktur yuran menarik. PROFESSIONAL Organisasi pendidikan yang berpengalaman dan diurus secara sistematik dan professional. LOKASI STRATEGIK Berdekatan kejiranan Bandar Setia Alam, Bandar Bukit Raja, Meru, Klang Utama dan Rantau Panjang. Juga berdekatan kejiranan Bandar Puncak Alam, Puncak Bestari, Alam Suria dan Alam Jaya. |